UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NOTIS PENUNDAAN TARIKH PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-33 TAHUN 2009 Sebagai langkah menangani penularan wabak Influenza A H1N1, tarikh pengambilan pakaian akademik sempena Majlis Konvokesyen UPM Ke-33 Tahun 2009 yang telah dijadualkan pada 1 – 7 Ogos 2009 ditunda kepada 5 – 7 Ogos 2009. Maklumat lanjut berkaitan masa pengambilan pakaian akademik pada tarikh di atas akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat melalui laman web UPM. Semua pelajar diminta mengambil perhatian terhadap penangguhan ini dan mengambil tindakan di mana yang perlu. Sekian, terima kasih. Urus Setia Majlis Konvokesyen UPM Ke-33 |